Tua Pasti Tiba..

Posted by GameMaster | 3/18/2008 | 3 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Salam, hari ni kita membincangkan perkara yang mesti kita akan tempuhi. Kepada mereka yang akan menghadapinya, ada yang gembira dan ada yang kurang enak tetapi kita tidak boleh mengelak.. Jadi disini kita akan membincangkan tanda-tanda kita akan menjadi tua. Diusia 40an. Falsafah orang barat mengatakan "life begin at forties" dan bagi umat islam, nabi Muhammad dapat wahyu sebagai pemimpin islam pada umur 40. Diusia sebegini, seseorang itu telah dewasa dan banyak pengalaman untuk menjadi keTUA. Di bawah saya senaraikan tanda-tanda awal kita menjangkau usia tua.

1. Dulu kita dipanggil adik sekarang kita dipanggil abang. Masuk usia sebegini kita dipanggil pakcik dan seterusnya dipanggil datuk.
2. Kalau kita suka naik bas, ada banyak perkara berlaku. Yang pertama kalau kita naik bas, seorang anak yang berusia muda akan bangun dari kerusi dan membenarkan anda duduk.
3. Dulu mata terang. Sekarang dah rabun.
4. Dulu gigi penuh diganti dengan gigi palsu yang penuh..
5. Dulu kita ada anak kecil sekarang kita dah ada anak menantu dan besar kemungkinan sudah bercucu.
6. Dulu muka kita licin, sekarang sudah kedut sikit.
7. Dulu rambut hitam sekarang dah ada 2 warna.
8. Dulu kita makan apa sahaja, sekarang kita terpaksa berpantang.
9. Dulu kita berjalan kaki dua, sekarang kita tambah satu kaki iaitu tongkat.
10. Tempat yang selalu orang tua pergi adalah masjid dan hospital.
11. Kita disuruh duduk rumah orang-orang tua.

P/S: Ini petanda-petanda kita akan tua.. Jadi yang muda tu jangan ingat muda sepanjang hayat..

3 comments

  1. Max J. Potter // March 18, 2008 at 5:15 PM  

    hm. nani belum ade lagi ciri-ciri tu..tapi nani selalu rase tua.. hoho. hi. saje melawat. i'm nani. *^^*

  2. GameMaster // March 18, 2008 at 6:27 PM  

    Skola lagi ke nani

  3. PUTRAGABAN // March 20, 2008 at 5:01 PM  

    jadilah orang tua yang penuh pengalaman dan boleh dijadikan pakar rujuk dalam serba-serbi pengetahuan. jangan jadi orang tua yang kosong kerana sepanjang meniti usia tidak belalajar dari pengalaman dan pengetahuan.

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight