Makanan Orang Malaysia: Popia

Posted by GameMaster | 7/12/2008 | 5 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:

Popia merupakan sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum yang dicanai nipis. Kini kulit popia boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

Bahagian isi pula terdiri daripada sayur-sayuran seperti timun, taugeh,dan sengkuang yang dihiris-hiris. Kuahnya pula berbentuk sos mengandungi lada kering dan kacang tanah yang dikisar. Untuk ramuan kuah/sos, selain memasukkangaram sebagai perasa, gula dan limau nipis juga boleh dimasukkan bagi menghasilkan rasa yang lebih sedap.

Terdapat tiga cara penggunaan kuah/sos bagi menikmati popia iaitu dengan cara mencicah, dengan cara memasukkan ke dalam popiah ketika menikmatinya, atau dengan cara memasukkan ke dalam popia sebelum digoreng. Bagi penduduk Bukit Baru Kampungku Sayang, mereka mempunyai istilah lain bagi popia iaitu piakau.

Sumber: Wiki

P/S: Mesti ramai yang suka popia, betul tak

5 comments

  1. MOLY // July 12, 2008 at 9:25 PM  

    sedapnyaa popiaa
    sangat sukaaaa

  2. Anonymous // July 12, 2008 at 10:19 PM  

    Suka makan popia yang goreng ke yang mentah.. :D

  3. Anonymous // July 12, 2008 at 11:52 PM  

    goreng pon sodap!! hehe yg goreng la best!!

    p/s- sape yg dh rase popia nadia af6??

  4. Anonymous // July 13, 2008 at 1:58 PM  

    Aik... lain macam je bunyi..

  5. farah, s. // July 14, 2008 at 11:17 PM  

    sukanya makan popia.. da lame xmkn popia semenjak duk NZ ni..waa..rindu popia sira LOL

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight