Catering Vs Gotong Royong

Posted by GameMaster | 8/12/2008 | 16 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Salam, dekat dah nak masuk bulan Ramadhan ni jadual saya sebagai technician Speaker padat.. Jadi saya baru balik function kat orang kahwin hari ni.. Jadi hari ni kita akan buat perbandingan antara catering vs gotong royong.

Jika anda selalu pergi ke jemputan orang kahwin, masakan manakah anda suka. Catering atau masakan gotong royong.. Memang tidak dinafikan ramai orang yang tinggal dibandar sekarang ni kurang menggunakan khidmat jiran-jiran untuk bergotong royong.. Alternatifnya ialah menggunakan caterer..

Jika dahulu masakan gotong royong ni dilakukan bersama-sama oleh jiran-jiran, saudara-mara, sahabat dari pagi hinggalah malam.. Ini dapat mengukuhkan silaturahim antara para saudara dan jiran..

P/S: Apakah pilihan anda.. Catering atau gotong royong..

16 comments

  1. :: Wiween :: // August 12, 2008 at 7:13 AM  

    benarnya lebih suke gotong royong psl lebih terasa suasana kenduri. tp skang ramai org wat catering jek psl nak cepat & ramai suke wat buffet skang :)

  2. ~ Mar ~ // August 12, 2008 at 7:40 AM  

    say sokong gotong royong. mmg dpt eratkan silaturrahim dan jimatkan kos. and sbg orang terengganu dan orang kampung family saya still mengamalkan kenduri gotong royong nih. =)

  3. Anonymous // August 12, 2008 at 8:08 AM  

    Lagi satu... kerja lebih meriah

  4. Anonymous // August 12, 2008 at 2:02 PM  

    Ada pro dan kontra.. Katering untuk wat hidangan ok la..

    Jika bergotong-royong menyediakan makanan untuk tetamu lebih mengeratkan kita sesama jiran.

    Pada program yang lepas aku ada update kat blog aku mengenai kerjasama dalam satu pasukan.. :)

  5. echah_syed // August 12, 2008 at 6:35 PM  

    catering lebih baik sbb sedara mara bole relax,santai dan sembang2 sbb punye byk mase sekali sekala berjumpe..tuan rumah pun mesra alam sbb hepi :D

    gotong royong mmg penat kdg2 bole smpi naik hangin satu badan..adehhh!

    ini dari pemerhatian dan pengalaman combi :)

  6. Anonymous // August 12, 2008 at 6:53 PM  

    Tapi tengok keadaan macam mana la kot.. Kalau kawasan kampung ni diorang lebih suka bergotong royong

  7. Anonymous // August 12, 2008 at 7:14 PM  

    Nk gotong royong..sebelum kita tanya org lain, kita tanya diri kita sendiri dulu..


    kalau ada jiran tetangga buat , kita pergi ke tidak?

    Kalau pergi, kita akan faham situasi tuan rumah macam mana...

    memang kemeriahan gotong royong tak dapat dinafikan ttp dgn keadaan kita yg bekerja 5 hari seminggu, tentu tidak dpt memungkin kita bergotong royong sebab proses ini bukan bermula sehari sebelum kenduri tetapi seminggu dari itu.

    Nak mesyuarat bahagi kerja.. nak cari pinggan mangkuk , nak atur menu hidangan, nak kupas bawang/cili/halia/lengkuas dll tu... ( jiran semua kerja..hari minggu je cuti sedangkan kerja2 tersebut perlu di siapkan sekurang² sehari sebelumnya.

    Belum bab masak memasak...

  8. Anonymous // August 12, 2008 at 7:19 PM  

    Bab memasak mungkin lelaki kot.. Kalau potong2 tu mungkin makcik2 atau nenek yang buat kot..

  9. Anonymous // August 13, 2008 at 12:01 AM  

    for me kena ikut keadaan...
    ramai orang leh ar wat gotong royong..
    kalo idop sendiri tk mau cmpur orang susah la nk wat gotong royong..
    wat ar katering tue..

  10. Anonymous // August 13, 2008 at 2:11 AM  

    Kalau tak campur orang ramai nanti ada ke yang nak datang kat kenduri tu.. :D

  11. Anonymous // August 13, 2008 at 5:37 PM  

    catering kalau nak jimat masa. Tapi kalau gotong royong. Lagi best..

  12. Anonymous // August 13, 2008 at 5:40 PM  

    Apa tak bestnya.. Borak2 sampai tengah malam lagi... :D

  13. Thenadi // August 14, 2008 at 9:21 AM  

    mesti ah, gotong royong besh, tapi x suma mampu..

  14. Anonymous // August 14, 2008 at 1:05 PM  

    Mampu dari segi apa tu Eclipse

  15. Jie // August 20, 2008 at 12:48 PM  

    Komuniti kami sgtlah aktif
    sentiasa masak memasak sama2
    kenduri kendara masak sama2
    rumah kami kawasan perumahan moden, maksudnya bukan penduduk tetap..masing2 berhijrah tinggal di sini dlm 5-6 thn..ttp terpelihara lagi bergotong royong ini..

    Komuniti kami masih mempunyai "mentara/pelayan tetamu " beruniform untuk majlis kenduri kendara yang di buat secara suka rela..siap bershif lagi..pagi dan petang.

    ttp secara realistiknya... tgok sekeliling... kawasan anda..
    boleh kah gunakan sistem bergotong royong?

  16. Anonymous // August 20, 2008 at 3:43 PM  

    Macam best je kat tempak kakjie..

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight