Kucing jatuh tingkat 34 terselamat

Posted by GameMaster | 12/25/2008 | 2 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



SYDNEY 24 Dis. - Seekor kucing terselamat selepas terjatuh dari tingkat 34 dari sebuah bangunan apartmen di sini kelmarin.

Kucing jenis moggy yang diberi nama Voodoo berusia tujuh tahun itu hilang dari kediaman tuannya, Sheree Washington di apartmen di Gold Coast, timur Queensland kelmarin dan dijumpai di kawasan semak-samun di bawah apartmen itu.

Washington memberitahu Badan Penyiaran Australia (ABC), Voodoo gemar berdiri di beranda apartmennya dan melihat ke bawah.

"Rasanya dia telah menjenguk ke bawah dan terjatuh dari tingkat 34, tetapi bernasib baik kerana terjatuh ke atas semak-samun yang saya rasa telah menyelamatkannya.

"Kami telah melihat tempat dia terjatuh dan salah satu ranting pokok yang patah mempunyai bulu kucing terlekat padanya. Kucing ini amat bertuah," ujarnya.

Voodoo hanya mengalami calar dan luka pada tapak kaki.

- AFP

2 comments

  1. lizz // December 26, 2008 at 5:33 PM  

    huwaa!! kesian kat kucing tuh. aku ni jahat super and setan bley tahan..tp,aku sayang kucing siut.bley?muahaha

  2. Mrs Nurul // December 31, 2008 at 11:18 PM  

    orang kata kucing ade semilan nyawe..betul kah??

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight