Page ini telah dilawat sebanyak:



JOHOR BAHRU: Juara Akademi Fantasia (AF) 3, Mawi atau Asmawi Ani, 27, selamat diakad nikahkan dengan sekali lafaz dengan pasangannya Ekin atau Nora'ashikin Rahmat, 29, di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, jam 11.45 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Johor Bahru, Mahad Mohd Said, dengan disaksikan sanak saudara kedua-dua pasangan.

Satu majlis resepsi keluarga Ekin akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru, malam ini.

Pada 28 Disember ini pula, majlis di pihak pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak dengan kehadiran jemputan dianggarkan 15,000 orang tetamu termasuk peminat dari seluruh negara.

Mawi turut dijadual menghiburkan peminatnya pada konsert di padang Felda secara percuma sebagai penghargaan kepada tetamu dan peminat yang hadir memeriahkan hari bersejarah itu.

5 comments

  1. lizz // December 20, 2008 at 7:31 PM  

    lawak tadi mase mawi kene kiss dahi ekin. diorg tuh tak leh serius langsung.tp,aku phm sbb diorg org JB . aku pun same. jgn arap org jb leh jadi sopan giler2.wakakaka!!

  2. Anonymous // December 20, 2008 at 8:31 PM  

    Orang baru first time la katakan.. :D

  3. chekgu Bani Hassim // December 21, 2008 at 2:20 AM  

    tu pon ade kecoh2 repoter xdpt masuk...
    eksklusif la kununnye...ape2laa....

    mak aku menunggu nk tgk dorg nikah...sanggup tinggalkan keje rumah..

  4. Anonymous // December 21, 2008 at 3:35 AM  

    bukan tak dapat masuk.. Memang ni program astro sahaja.. TV lain tak boleh.. Macam siti nurhaliza kawin dulu tv3 amik bersih apa.. :D

  5. ryann // December 21, 2008 at 3:47 AM  

    kenapa tak teruja pula mendengar mawi kahwin

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight