Anak `krok'

Posted by GameMaster | 1/19/2009 | 2 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:

ALOR STAR: Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.

Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.

Ia antara syarat pemilikan alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana konon mampu mendapat kekuatan luar biasa dan didakwa lebih hebat daripada toyol.

Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12 anak krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan khurafat.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Nooh Gadut, mengingatkan pengamal perubatan tradisional atau bomoh yang menggunakan kaedah rawatan bertentangan dengan ajaran Islam adalah haram

Sumber: harian metro

2 comments

  1. Anonymous // January 19, 2009 at 4:32 PM  

    Dosa yang paling besar adalah syirik...

  2. Anonymous // January 19, 2009 at 10:07 PM  

    dan diorang semua ni akan dilaknat Allah s.w.t

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight