Bantah harga gula naik

Posted by GameMaster | 1/22/2009 | 2 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:

KUALA LUMPUR - Bukan masanya untuk naik harga.

Itu pandangan Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Bahrim A. Razak mengenai kemungkinan harga gula dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Katanya, walaupun ia sekadar kemungkinan, tindakan memaklumkan perkara tersebut terlalu awal kepada umum adalah tidak adil terutama kepada masyarakat kaum Cina.

Katanya, apabila kerajaan berbuat demikian sudah pasti akan berlaku masalah kekurangan gula ekoran tindakan sesetengah peniaga yang mahu mencari keuntungan dengan cara menyorokkan bekalan bahan tersebut.

"Ia tidak wajar dan situasi itu sekadar mencetuskan kemarahan pengguna terutama pengguna kaum Cina," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ujar Bahrim, kerajaan patut rasional berhubung cadangan itu kerana permintaan gula pada musim perayaan akan naik secara mendadak.

2 comments

  1. Sulela // January 22, 2009 at 10:29 AM  

    Tu kalau gula naik harga, alamatnya semua barang2 yang ada melibatkan gula akan naik sama. Semua nak kasi naik, takdak yang turun...huhuhu

  2. Anonymous // January 22, 2009 at 12:40 PM  

    Ni kena letak lagu ali mamak nih.. :D

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight