Israel masih belum puas

Posted by GameMaster | 1/01/2009 | 0 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



GAZA - Israel semalam menolak gesaan untuk mengadakan gencatan senjata dengan kerajaan Hamas kerana mendakwa situasi semasa di Gaza kurang sesuai bagi tujuan tersebut walaupun angka kematian mencecah 387 manakala lebih 800 yang lain cedera.

Rejim Zionis sebaliknya bertindak memperhebatkan persediaan untuk melakukan serangan darat selepas beberapa roket jarak jauh Hamas mengenai sebuah kawasan yang padat dengan penduduk di Israel.

"Jika keadaan berubah dan kami berpendapat penyelesaian diplomatik mampu menjamin keselamatan penduduk di selatan Israel, kami akan mempertimbangkannya. Bagaimanapun, pada masa ini, keadaan itu tidak berlaku," kata seorang pembantu Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Perancis untuk mengadakan gencatan senjata selama 48 jam bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar kepada 1.5 juta penduduk Gaza.

Kuasa-kuasa asing sudah meningkat tekanan terhdap kedua-dua belah pihak supaya menghentikan serangan.

Bagaimanapun, kemarahan penduduk Yahudi berhubung serangan roket yang semakin jauh ke dalam wilayah Israel dibimbangi akan menyebabkan Tel Aviv memperhebatkan serangan ke atas Hamas.

Bedilan roket Hamas turut mengenai bandar Beersheba yang berada 40 kilometer dari Gaza manakala tiga orang awam dan seorang askar Israel maut dalam serangan balas Hamas.

Berikutan perkembangan tersebut, deretan kereta kebal Israel bersiap sedia untuk menceroboh Gaza manakala pejuang-pejuang Hamas pula menanam periuk api bagi menghalang kemaraan tentera Yahudi.

- Reuters

0 comments

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight