Abdullah serah tugas kepada Najib

Posted by GameMaster | 4/03/2009 | 4 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



PUTRAJAYA: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan nota serah tugas kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru pada majlis khas di Pejabat Perdana Menteri di sini pada jam 4.50 petang tadi.

Majlis simbolik itu melengkapkan peralihan kuasa secara aman antara beliau dan Najib yang dianggap hadiah amat berharga daripada seorang pemimpin berjiwa besar kepada rakyat.

Hadir sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah isteri Abdullah, Tun Jeanne Abdullah, dan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pagi tadi, Najib mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri keenam di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Abdullah dan Jeanne pula masing-masing dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara dan Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong.

4 comments

  1. idalara // April 3, 2009 at 9:00 PM  

    mudah2an perdana menteri yg baru ini dapat membawa negara kita ke arah yg lebih maju dan makmur...

  2. GM // April 3, 2009 at 10:17 PM  

    Mudah2han

  3. zino // April 3, 2009 at 11:32 PM  

    masa tun razak ambil alih PM negara dalam huru hara... masa najib ambil alih PM negara juga sedang menghadapi cabaran yg besar terutama krisis ekonomi dunia..

    semuga PM kita berjaya membawa malaysia keluar dari kemelut ini..

  4. ilhamputra // April 4, 2009 at 12:26 PM  

    tu la.mudahan pemerintahan yang lebih adil dan membawa banyak manfaat kepada rakyat

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight