Hadkan SPM kepada 10 mata pelajaran

Posted by GameMaster | 5/23/2009 | 0 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:

KUALA LUMPUR - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran sahaja.

Itulah angka yang ideal kepada tokoh akademik, Prof. Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim apabila merujuk kepada cadangan kerajaan untuk mengkaji mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh calon peperiksaan tersebut.

"Mereka (pelajar) sekarang belajar macam robot, tak ada masa untuk berfikir kerana asyik menghafal.

"Ini bukan teknik sebenar untuk belajar kerana peperiksaan bukanlah untuk menguji ingatan tetapi sejauh mana pelajar faham dan berhujah menerusi jawapan yang diberi,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian itu mungkin dibuat kerana amalan membenarkan calon SPM mengambil sehingga 20 mata pelajaran menyebabkan timbul masalah termasuk pemilihan bagi biasiswa kerajaan.

Kay Kim menyokong cadangan kajian itu kerana bimbang pelajar yang dibebani dengan terlalu banyak mata pelajaran akan hilang fokus terhadap aktiviti lain termasuk kokurikulum.

Seorang lagi tokoh akademik, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim pula berpendapat, jumlah A dalam peperiksaan bukan kaedah terbaik menentukan tahap kecerdasan pelajar.

"Kecemerlangan juga diukur melalui banyak aspek lain termasuk penglibatan dalam aktiviti di sekolah,'' katanya.

0 comments

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight