
Salam... tentu anda kenal petai, tapi kenalkah anda pada kedaung. Ia sama seperti petai tapi ada perbezaan . Antaranya ialah...
1. Kedaung saiznya lebih panjang daripada petai biasa.
2. Ketebalan kulitnya lebih tebal dari kulit petai biasa.
3. Matanya lebih besar dari petai biasa.
4. Rasanya lebih maung(pahit) daripada petai biasa.
5. Kedaung jarang digunakan dalam masakan.
6. Kedaung boleh didapati didalam hutan.
P/S: Jangan terkeliru ketika membeli petai....

Sempena musim cuti sekolah ini, pasti banyak pasangan yang melangsungkan perkahwinan.. Di sini saya akan menyedia 2 rangkap pantun khusus untuk penggemar pantun yang suka berbalas pantun dengan tuan rumah semasa musim perkahwinan.. Pantunnya berbunyi:
Rendang-rendang pokok belimbing,
Cantik bunganya berwarna merah,
Melihat pengantin duduk bersanding,
Mengapa Pak Long tak tentu arah.
Pokok kelulut dahan bercabang,
Tersentuh buah melekat dibaju,
Kami dijemput, kami dah datang,
Untuk raikan pengantin baru.
P/S: Sesiapa yang kat sini pandai pantun silalah balas pantun tersebut..

Salam, Pasti anda sudah dengar berita yang mengatakan musim hujan sudah bermula.. Baru-baru ini 4 negeri di Semenanjung telah dilanda banjir. 4 Negeri yang telah dilanda banjir ialah Johor, Pahang, Terengganu, dan Kelantan. Jadi anda diingatkan sentiasa bersedia dengan cuaca yang tidak menentu sekarang..

Ok.... Zaman dahulu daging adalah makanan utama semasa hari perayaan baik hari raya aidilfitri mahupun hari raya korban. Memakan daging adalah satu kepastian. Untuk mengelakkan kolestrol yang tinggi apa yang kita boleh buat belilah daging sekilo ataupun lebih. Kalau nak potong besar ke potong kecil ke ikut suka anda. Kalau tak potong pun takpe, bersihkan daging tersebut bersih-bersih dan tenggekan air panas dan masukkan daging tersebut. Rebuskan daging tersebut hingga empuk jangan lupa isikan sedikit garam secukup rasa. Ambil kicap dibancuh dengan cuka(kalau boleh makan cuka isikan). Cuka boleh digantikan dengan air limau kasturi. Rasa masin-masin masam. Kalau hendak pedas tambahlah cili api. Ambil daging yang dah empuk tadi. Boleh guna tangan untuk meleraikan daging tadi ataupun menggunakan pisau untuk memotong daging tersebut. Cicah ia kedalam kuah kicap tadi. Disitulah akan nampak kehebatan rasa daging tersebut. Kuah rebusan daging tadi bolehlah dibuat sup atau dibuat makan dengan nasi. Cubalah.

Tahukah anda tayar yang tidak berbunga atau botak boleh menyebabkan penggunaan minyak kenderaan anda meningkat. Kenapa ?... Ini kerana tayar yang tidak berbunga tersebut mengambil lebih banyak putaran berbanding tayar yang berbunga. Tayar yang botak ini akan menyebabkan kurangnya geseran antara tayar dengan permukaan jalan. Ianya akan membuat putaran yang banyak lebih dari tayar yang berbunga. Tekanan angin juga merupakan perkara yang penting bagi menggelakkan tayar cepat haus dan akhirnya akan kehilangan bunga. Jika tayar anda mempunyai simptom-simpton tersebut silalah bawa kenderaan anda ke tempat servis tayar yang berdekatan.
.jpg)
Senarai top 10 Anti Virus Yang Berada Di Pasaran.
1. BitDefender.
2. Kaspersky.
3. ESET Nod32.
4. TrendMicro(PC-Cilin).
5. F-Secure Anti Virus.
6. McAffee VirusScan.
7. Norton AntiVirus.
8. AVG Anti-Virus Pro.
9. CA Antivirus.
10. Norman AntiVirus Control.
Sumber: http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/

Tangkai Jering maksudnya terlampau kedekut atau orang yang kedekut, tetapi jering adalah makanan yang terbaik untuk orang sakit batu karang, kencing manis, dan lawas kencing.
1. Jering muda boleh dibuat ulam. Untuk lawaskan kencing hendaklah dimakan kulit ari jering. Rasanya agak pahit sedikit dan pedas sedikit tapi itulah ubat.
2. Jering tua tak boleh digigit tak boleh dibuat ulam tetapi boleh dibuat masak lemak pedas ikan bilis. Sebelum dimasak jering yang tua tadi ditumbuk agar jering tersebut dalam keadaan merekah, Di tumbuk menggunakan lesung batu. Dulu-dulu kita gunakan batu sengakalan untuk merekahkan jering yang keras. Ini kerana memudahkan kuah lemak tadi meresap kedalam rongga-rongga jering. Untuk melembutkan lagi, perlulah direbus dahulu sehingga lembut.
3. Selain daripada ulam dan masak lemak ikan bilis. Jering tua ini juga boleh dimakan sebagai kuih. Pertama, seperti diatas tadi. Jering perlu ditumbuk dan direbus hingga lembut. Setelah direbus, toskan jering sehingga kering air rebusan tadi. Ambil kelapa parut(kelapa inti) dicampur garam dan campur gula pasir sesedap rasa. Ambil jering yang telah dikeringkan dan diletakkan dalam piring dan ambil kelapa parut yang telah digaulkan dengan garam dan gula tadi diatas jering tadi. Makanan tadi segera dimakan.
4. Kalau masih nak dibuat ulam, jering yang terlalu tua tadi, hendaklah ditanam kedalam tanah dan biarkan ia didalam tanah seminggu atau sebulan. Untuk dijadikan ulam, pastikan jering tadi telah bercambah urat-urat kecil yanng berwarna kehijau-hijauan. Dengan ini jering ini lebih lembut daripada yang ditanam tadi dan ia sedia dibuat ulam. Orang-orang tua kata makan jering tanam, baunya kurang enak. Tetapi ia penawar kepada kencing manis, batu karang dan tak lawas kencing. Selamat mencuba.
| fly.co.uk | cheap flights from the uk to the whole world | |
| Flights to Colombo | Cologne Flights | |
| Cheap Flights to Frankfurt | Cheap Flight | |










