BN perlu akui wujud kelemahan

Posted by GameMaster | 3/09/2008 | 3 comments »



KUALA LUMPUR 9 Mac - Barisan Nasional (BN) perlu mengakui wujud kelemahan pada kempen parti itu sehingga menyebabkan ia kalah di banyak negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, keutamaan perlu diberikan bagi melakukan post-mortem untuk mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan itu.

``Kita menerima keputusan rakyat dan sedang mengkaji kelemahan itu supaya kita dapat melakukan lebih baik untuk mendapat sokongan daripada mereka.

``Tumpuan harus diberikan bagi mengetahui kehendak rakyat dan perlu bekerja lebih kuat untuk memenuhinya,’’ kata beliau ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Ibu Pejabat BN di Menara Dato' Onn di sini, awal pagi ini.

Muhammad berkata, kekalahan mengejut BN di beberapa negeri tidak harus dijadikan alasan untuk ia tidak meneruskan usaha bagi menyelesaikan segala masalah rakyat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kejayaan BN membentuk semula Kerajaan Persekutuan walaupun dengan majoriti berkurangan menunjukkan rakyat masih menyokong kerajaan sedia ada.

`` Kita masih diberi mandat untuk mentadbir negara ini. Itu yang penting. Saya fikir kita menang kerana kita masih memerintah negara.

``Sokongan daripada rakyat walaupun dengan kemenangan satu undi adalah sokongan. Jadi sekarang kita menang besar, lebih 100 kerusi. Ini satu mandat yang besar,’’ ujarnya.

Menurutnya, kemenangan parti pembangkang itu membuktikan tuduhan mereka bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kurang telus adalah tidak berasas.

``Keputusan kali ini menunjukkan pilihan raya kita adalah bersih dan ia terbukti apabila pembangkang menang banyak kerusi,’’ ujarnya. - Utusan

Sumber: Utusan

BN kekalkan kuasa dengan majoriti kurang

Posted by GameMaster | 3/09/2008 | 5 comments »



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kembali berkuasa tetapi dengan majoriti yang kurang dan kalah mengejut di Pulau Pinang.

Barisan Nasional juga terlepas kerajaan negeri Kedah dan mengikut keputusan tidak rasmi, kalah di Selangor dan Perak kepada pakatan pembangkang DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Parti pemerintah juga gagal merampas Kelantan daripada Pas yang menguasai negeri itu sejak 1990.

Setakat jam 2.30 pagi tadi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengisytiharkan BN memenangi 127 kerusi Parlimen daripada 222 yang dipertandingkan sementara pembangkang memperoleh 45 kerusi.

Pada pilihan raya 2004, BN menang besar apabila menguasai 199 daripada 219 kerusi.

Memburukkan lagi keadaan ialah tiga parti komponennya juga tumpas — Gerakan, MIC dan PPP.

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Presiden PPP Datuk M Kayveas ketiga-tiganya kalah.

Perdana Menteri dan pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengekalkan kerusi Parlimen Kepala Batas sementara timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak menang dengan jumlah majoriti yang besar di Pekan.

Abdullah sementara itu menafikan desas desus beliau akan meletak jawatan.

“Saya tak tahu siapa kena tekan tapi tidak, saya tidak letak jawatan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra awal pagi ini.

Ditanya sama ada ada keputusan kali ini menunjukkan pengundi tidak percaya kepada kepemimpinan beliau, Abdullah berkata: “Tidak...ini adalah pendirian rakyat untuk melihat kekuatan mereka untuk tidak beri kami kemenangan dua pertiga.”

Mengenai kekalahan beberapa menteri Kabinetnya, beliau menyifatkannya sebagai kekalahan biasa.

Abdullah yang menjadi Perdana Menteri sejak November 2003, berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Isnin mengenai penubuhan kerajaan baru.

Selain daripada Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya, turut kecundang ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Seri Zainuddin Maidin (Penerangan) dan Datuk Abdul Aziz Shamsuddin (Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah). — Bernama

P/S: Tak boleh nak letak banyak-banyak info kat sini.. nanti berjela nak scroll ke bawah.. Saya update setakat yang mampu.

Sumber: Bernama

Komik Blaugh

Posted by GameMaster | 3/07/2008 | 1 comments »

Time to Upgrade Your Computer Hardware...

The Good Old Days

Antara Komik yang disediakan Blaugh


Salam, hari ni saya nak bercerita tentang blaugh.. Blaugh merupakan komik yang berunsurkan jenaka yang penuh dengan warna-warni yang boleh digunakan untuk blogger semua. Paparan komik yang lucu dan kadang kala menyindir merupakan perkara yang menyebabkan komik ini mendapat perhatian..

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari Blaugh

P/S: Kalau tak silap saya blaugh ni ada saya tengok dalam bahasa melayu. Nanti saya akan cuba

AVG Anti Virus 8

Posted by GameMaster | 3/05/2008 | 0 comments »



Salam, pasti anda sudah kenal dengan anti virus jenama AVG ni.. Versi yang anda guna sekarang termasuk saya adalah versi 7.5.. Kali ini Grisoft telah melancarkan AVG antivirus Versi 8.0 pada 28 februari 2008. Ciri-ciri pada anti virus ini telah diperhebatkan dengan penambahan database virus yang baru..

Antara ciri-ciri yang menarik pada avg 8.0 ini ialah:

1. Pelindungi Web Yang Baru
2. Bentuk AntaraMuka Yang Baru Dan Menarik.
3. Sistem Anti Virus Di Pertingkatkan.
4. Firewall Yang Baru.
5. Anti Spam.
6. Anti Rootkit Yang Baru
7. Enjin Pengimbas Yang Berkuasa Tinggi.

Untuk Download trial versi sila klik Di sini.

P/S: Tak lama lagi keluar pula AVG Free Edition 8.0.. Sila tunggu yaa..

Menjelang PRU 12 Sabtu Ini..

Posted by GameMaster | 3/04/2008 | 8 comments »



Salam, menjelang pilihanraya umum ke12 pada sabtu ini saya ingin mengucapkan selamat mengundi kepada semua blogger-blogger diluar sana.. Kepada bloggers yang akan balik ke kampung untuk mengundi, saya mengucapkan selamat memandu dan berhati-hati dan jangan asyik sangat memandang bendera dan poster ketika memandu.. Di samping itu pilih calon yang anda rasa ianya patut diundi kerana satu undi akan perubahan kepada anda.. Laksanakan tugas anda sebagai pengundi.. Undi tu RAHSIA takde siapa yang tahu..

P/S: Saya belum cukup umur lagi nak mengundi.. Jadi dalam blog ni saya ada letak poll pilihan parti anda.. Jadi sila-silalah undi ya...

Iklan...

Posted by GameMaster | 3/02/2008 | 1 comments »



Salam.. jika anda masuk ke blog saya atau blog rakan-rakan yang lain yang memasang iklan nuffnang. Pasti anda nampak iklan mudah.com.my.. Apa yang disediakan iklan ini.. Tadi saya ada masuk ke laman web ini untuk mengetahui apa yang ada didalamnya.. Mudah.com.my ni sebenarnya seperti laman pengiklanan seperti lelong.com.my dimana ia menjual produk dari orang ramai..

Kelebihan seperti membeli dan menjual produk atau barangan disediakan disini. Malah pencarian barangan yang baru dan terpakai boleh didapati diseluruh tempat mengikut negeri anda.. Anda juga boleh meletakkan produk atau perkhidmatan anda disini dan mulakan perniagaan anda..

P/S: Untuk gambaran yang lebih jelas sila klik pada iklan kat blog saya ataupun klik kat sini: mudah.com.my

Join Forum....

Posted by GameMaster | 3/02/2008 | 3 comments »



Salam.. Saya ada buat forum untuk dikongsi bersama.. Jika anda mempunyai topik yang menarik untuk dikongsi dan dibahaskan silalah register di forum saya .. Bukan apa, tujuan tubuh forum ni pun suka-suka.. Jadi apa lagi jom join

Untuk join sila klik link dibawah:
http://kurama87.inventforum.com/

P/S: Buka apa topik untuk dibincangkan nanti saya akan reply k.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight