Page ini telah dilawat sebanyak:

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Jumlah kematian akibat nahas jalan raya yang direkodkan pada hari keempat Ops Sikap 13 semalam, terus meningkat apabila 17 orang lagi terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan kematian 66 orang sejak operasi itu bermula Ahad lepas.

Menurut kenyataan polis Bukit Aman di sini hari ini, sebanyak 17 kes kemalangan maut dilaporkan dalam tempoh 24 jam di seluruh negara.

Mereka yang terbunuh itu ialah enam orang penunggang motosikal, pemandu kereta (empat), pejalan kaki (tiga), penumpang kereta (dua) dan masing-masing satu bagi penumpang lori dan pembonceng motosikal.

Sebanyak 1,186 kemalangan juga dicatatkan semalam dengan jalan persekutuan merekodkan jumlah kemalangan maut tertinggi iaitu sebanyak tujuh kes diikuti empat di jalan negeri, tiga di lebuh raya, dua di jalan bandaran dan satu di jalan lain.

Daripada kes-kes kemalangan itu, 518 kes berlaku di jalan bandaran, jalan persekutuan (294), jalan negeri (197), lebuh raya (121) dan jalan-jalan lain (56).

Sebanyak 10,809 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam tempoh sehari melibatkan pelbagai jenis kesalahan, menjadikan jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang empat hari ini ialah 42,245 saman.

Sementara itu, seramai 143 penumpang bas dan sembilan penunggang motosikal turut ditahan semalam akibat positif dadah iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan dan Sabah. - Bernama

0 comments

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight