Nasi Kering

Posted by GameMaster | 11/17/2007 | 5 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Nasi Kering merupakan makanan tradisional orang melayu dahulu. Ia juga digelar sebagai kuih. untuk mengelakkan pembaziran, Nasi yang berlebihan dijemur terlebih dahulu didalam dulang @ niru dan dijemur dibawah sinaran matahari yang terik selama 3 hari supaya menjadi betul-betul kering. Nasi tersebut dalam botol sehingga botol tersebut penuh dengan nasi kering.

Proses untuk membuat nasi kering.

1. Pertama kita perlu menggoreng nasi kering tadi sehingga kendengaran bunyi tik tak tik, Nasi tersebut digoreng sedikit demi sedikit. Apabila setelah selesai digoreng, barulah ditumbuk sehingga menjadi tepung.

2. Apabila sudah menjadi tepung, ambil gula melaka, sedikit garam, sepotong halia yang ditumbuk halus, ambil kelapa parut (untuk dibuat inti) dan sedikit air.

3. Serbuk nasi kering tadi dimasukkan dalam lesung bersama halia, gula melaka, kelapa parut, garam sedikit dan air sedikit ditumbuk sehingga lumat dan serata.

4. Kepal-kepalkan sehingga berbentuk bulat seperti kuih bom dan letak diatas piring dan sedia untuk dihidang.

5 comments

  1. apis // November 17, 2007 at 9:51 PM  

    lepas tumbuk, kepal2kn lepas tu mkn mcm tu je ke??? xpham la..x goreng balik ke??

  2. GameMaster // November 17, 2007 at 10:02 PM  

    Kan dah goreng awal-awal tadi.Tak kepal pun takpe. Ambik sepiring cedok dengan sudu makan camtu pun boleh.. Sedap..

  3. apis // November 17, 2007 at 10:30 PM  

    boleh ke?? nnt x bau ke lesung tu? (bau batu hahahaha-apedaa aku nih!!) hehe =)

  4. GameMaster // November 17, 2007 at 11:20 PM  

    boleh guna blender jugak

  5. apis // November 18, 2007 at 12:33 AM  

    Owh.....ok2

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight