Gagahnya Orang Melayu.

Posted by GameMaster | 2/04/2008 | 13 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Salam, bercerita tentang kuat, yang anda belum ketahui adalah orang melayu adalah orang yang terkuat didunia. Sama ada anda percaya atau tidak terpulang pada anda semua. Anda fikir-fikirkan lah. Disini kita berkongsi fakta yang mungkin anda boleh mempercayainya. Yang dikatakan kuatnya orang melayu terutamanya tentang cara makan mereka. Kalau tak percaya cuba tengok fakta yang pertama ini..

1. Orang melayu boleh makan besi- Faktanya, kebanyakkan orang melayu boleh makan belimbing besi. Untuk melarutkan belimbing besi ini, mereka terpaksa minum air batu. Kalau tawar tambah gula pasir dan juga gula batu.

2. Parang pun orang melayu boleh makan- Faktanya orang melayu boleh makan ikan parang masak lemak cili api, asam pedas, asam pindang, asam rebus dan lain-lain.

3. Makan kayu- Faktanya, makan ikan kayu dibuat nasi kerabu diterenganu, ubi kayu dibuat pengat, kerepek, mentalam, lepat dan lain-lain.

4. Kekuatan orang melayu dikategorikan sebagai orang yang gagah kerana masih dalam segi makanan lagi iaitu makan kereta kebal. Tahu tak apa itu ikan kereta kebal atau namanya glamornya ialah ikan pari.

5. Yang ini amat mengerikan dan faktanya ialah, memakan cermin iaitu memakan ikan bawal cermin.

Minuman dari segi perubatan.

1. Dari segi minuman, kekuatan orang melayu terletak pada tongkat Tok Ali.
2. Minuman seterusnya adalah untuk wanita-wanita pula ialah diberi minuman KACIP.
3. Untuk awet muda, diberikan minuman jarum emas.

P/S: Pada keseluruhannya kita tidak boleh nafikan kekuatan orang melayu. Itu sebab laksamana Hang Tuah selain kekuatan terletak pada huruf "T". Pesanan hang tuah berpesan "takkan melayu hilang didunia".

13 comments

  1. Anonymous // February 4, 2008 at 11:11 PM  

    salam hormat, salam juara,
    memang kita mempunyai pemikiran yang positif, berbagai makanan yang mempunyai nama yang boleh mempengaruhi minda..

  2. GameMaster // February 4, 2008 at 11:20 PM  

    Itu sebab kreativiti orang-orang dulu patut kita simpan sebagai tatapan pada generasi yang akan datang.

  3. Topek // February 5, 2008 at 10:21 AM  

    haha... "terkena" topek mase membacanya... ingatkan kuat dari segi ape tadi. rupenye dari segi makan. nama makanan kita tu.... haha... bagus2.!!

  4. GameMaster // February 5, 2008 at 1:05 PM  

    Ingat apa pulak tu.. hehehe

  5. SANU // February 5, 2008 at 10:01 PM  

    Salam,
    Ada satu lagi mengenai kekuatan orang Melayu..mandi di sungai yg penuh dengan lembing..Sungai Lembing...he..he..he

  6. GameMaster // February 5, 2008 at 10:33 PM  

    Tu termasuk skali k..

  7. Anonymous // February 6, 2008 at 12:36 AM  

    kawan saya Ali suka minum air kacip fatimah dan Fatimah pulak suka minum tongkat Ali....macammane ni...gamemaster berik advice sikit....

  8. Anonymous // February 6, 2008 at 8:41 AM  

    satu fakta.. hehe

    tapi nak bagi tau.. minuman kopi tongkat ali ke kacip fatimah tu ke sebenar tak memberi apa2 kesan..kerana menurut pakar ramuan yg di campur tak lebih 20% tapi kalau sesiapa yg terasa ada kesan.. makna nya dalam tu dah di tambah bahan terlarang .. berhati2 lah..

    salam.. kumjungan balas..

  9. Mak Su // February 6, 2008 at 11:15 AM  

    hik hik, tetiba teringat lagu jalil hamid tau.

  10. GameMaster // February 6, 2008 at 3:58 PM  

    Lagu jalil hamid tu yang mana satu

  11. PakMail // February 12, 2008 at 8:41 PM  

    Makanan kita memang pelik-pelik.Paku pun boleh makan.

  12. Anonymous // February 25, 2009 at 5:33 PM  

    dulu punya orang melayu lagi gagah dia orang makan ape pun tak tahu

    web designer

  13. Anonymous // March 13, 2009 at 6:45 PM  

    melayu memang power

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight