Lulus Tak..

Posted by GameMaster | 2/03/2008 | 20 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



Salam, ini kisahnya teman saya yang mana dia sentiasa mengikut petua orang tua. Dia memulakan perjalanan dengan didahului langkah kanan. Suatu hari tibalah masanya untuk dia mengambil lesen memandu. Dengan gerak gerinya setiap langkah kanan, dia lulus ujian komputer dengan jayanya. Dia memulakan perjalannya dengan melangkah kanan, belajar memandu dan dia percaya dengan petua ini dan tidak bermasalah dalam belajar memandu kereta. Akhirnya tibalah masa dia diuji oleh pegawai JPJ. Untuk menguji parking, naik bukit dan akhir sekali jalan raya. Pegawai yang menguji beliau sentiasa memerhatikan dia sambil menggaru kepala.

Di akhir ujian, semua cara-cara memandu ditandakan oleh pegawai tersebut dengan baik akan tetapi ada satu perkara yang membuatkan pegawai tersebut kerut kepalanya dan sambil berkata "anda mendapat markah yang baik tetapi anda gagal dalam ujian ini kerana......" Dengan terperanjatnya kawan saya menanti jawapan tadi.. Lagi sekali saya meminta bantuan bloggers yang bijak pandai untuk menjawab soalan trivia ini..

P/S: Sila jawab ya..

20 comments

  1. aria ayumi // February 3, 2008 at 8:38 AM  

    erk... sebab ape yek.. tak ikut jalan yg ditetapkan kot... adehhh. tak reti lak kite bab2 nak teka nih. huhu

  2. GameMaster // February 3, 2008 at 11:13 AM  

    Takpe.. cuba lagi yee

  3. yan // February 3, 2008 at 12:38 PM  
    This comment has been removed by the author.
  4. mba2u // February 3, 2008 at 8:10 PM  

    rasanya.... dia memegang gear dengan tangan kanan. Ia hanya sah bagi kereta 'left hand drive' sahaja.

  5. Aku Bukan Umar Al-Khatab // February 3, 2008 at 9:18 PM  

    keluar rumah patutnya kaki kiri...masuk rumah kaki kanan...

    masuk tandas kaki kiri...keluar kaki kanan...

    ke guana?...hehe

  6. GameMaster // February 3, 2008 at 9:58 PM  

    kurang tepat mba

  7. GameMaster // February 3, 2008 at 9:59 PM  

    Nantikan jawapan saya hari selasa sok

  8. PakTeh // February 4, 2008 at 1:51 AM  

    disuruh perlahankan kereta - tekan brek, dia dok tekan minyak kot? pedal minyak di kaki kanan.

  9. GameMaster // February 4, 2008 at 2:20 AM  

    Kurang tepat juga PakTeh

  10. mUaDZam ShaH // February 4, 2008 at 8:40 AM  

    gagal dlm ujian memecut !!

  11. GameMaster // February 4, 2008 at 12:26 PM  

    kurang tepat juga muadzam shah

  12. Mak Su // February 4, 2008 at 3:40 PM  

    dia nak ke kiri tapi telah bagi signal ke kanan?

  13. GameMaster // February 4, 2008 at 5:12 PM  

    Kurang tepat juga mak su

  14. Unknown // February 4, 2008 at 6:31 PM  

    dah hari selase ke belom ni
    nak tau jawapan ha
    penat dh perah otak
    sambil mencangkong ha depan pc..ekekek

  15. rainingheaven // February 4, 2008 at 8:38 PM  

    ni tak pakai seat belt ke?

  16. GameMaster // February 4, 2008 at 8:52 PM  

    Bukan tu jawapan dia...

  17. shafarina // February 5, 2008 at 1:51 PM  

    Err..

    sebab dia drive reverse??!?

    ke dia drive lawan arah mcm mr bean?

  18. GameMaster // February 5, 2008 at 6:31 PM  

    tak jugak.. malam nanti saya beritahu jawapan untuk soalan ini k

  19. SANU // February 5, 2008 at 10:07 PM  

    nak tau jawapannya...sebab dia ber'kaki ayam'...
    Betullah tu kot?

  20. GameMaster // February 5, 2008 at 10:37 PM  

    Ni Jawapan untuk soalan ini.. Berdasarkan pada permulaan cerita tadi, pemuda tersebut percaya segala gerak langkah kanan membawa tuah baginya. Tetapi apabila beliau membuka pintu kereta dan memasukkan kaki kanan padahal apabila kita hendak memasuki kereta sebagai driver kita masuk guna kaki kiri dahulu. Dengan itu, Penguji terpaksa menerangkan dan menunjukkan cara ketika hendak masuk dalam kereta ketika hendak memulakan perjalanan. Jadi kali ini tuah tidak menyebelahi pemuda tersebut.

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight