Belimbing Jeruk

Posted by GameMaster | 5/07/2008 | 9 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:




Salam, kali ni saya akan ceritakan bagaimana hendak membuat jeruk belimbing buluh.. Resepi orang dulu-dulu nih.. Untuk pengetahuan para bloggers, belimbing ada dua jenis pertama jenis yang berwarna putih dan satu lagi berwarna hijau.. Ia ada perbezaan.. Yang putih kurang masam manakala yang berwarna hijau memang masam.. Tetapi kedua-duanya amat sesuai untuk dibuat jeruk belimbing..

Ambil setengah kilo belimbing buluh yang agak besar dan potong hujung dan pangkal buah belimbing.. Basuh bersih-bersih... Dan masukkan kedalam botol plastik, atau pun balang kaca.. Perap dahulu dengan garam sehingga air belimbing itu keluar. perap sehingga kecut dan masukkan satu sudu kecil cuka dan masukkan air sehingga tenggelam belimbing tadi.. Setelah tiga atau empat hari, bolehlah dihidang bersama belacan bakar atau belacan goreng.. Dinasihatkan makan bersama nasi yang masih panas.. InsyaAllah anda akan mendapat khasiat yang tinggi dari belimbing tadi..

P/S: Selamat mencuba.. Orang perempuan mesti suka..

9 comments

  1. ^aNgRiAni^ // May 7, 2008 at 9:39 PM  

    setapppnyer belimbing buluh tu kalau makan dengan ikan bakar dan sambal....adeii meleleh air liur riani..hiks...

  2. GameMaster // May 7, 2008 at 9:47 PM  

    Dah agak dah... hehehe.. memang orang perempuan ni suka makan masam2.. Kalu makan letak garam lagi tak yah cerita la..

  3. echah_syed // May 8, 2008 at 1:29 PM  

    combi buat basuh ikan n ayam..buang hanyirr :p

    cubalaa.. :D

  4. Anonymous // May 8, 2008 at 4:46 PM  

    kalau masak asam pedas, belah dua belimbing tu dan masukkan sebagai bahan terakhir sblum diangkat untuk dihidang... [petua dari mak sy...]

  5. Anonymous // May 8, 2008 at 4:49 PM  

    salam.
    Saya suka makan belimbing dalam masak lemak ikan kering. bila jeruk tak suka sangat, masaammm...

  6. GameMaster // May 8, 2008 at 8:45 PM  

    Memang banyak kegunaan belimbing buluh nih

  7. Mak Su // May 9, 2008 at 2:04 PM  

    saya tak pandai makan asam, tapi arwah mak saya kalau menggulai daging salai or ikan mesti taruh belimbing buluh versi hijau, eerrrmmmm, walllaaa

  8. Mem Aluya // May 20, 2008 at 3:08 AM  

    Tak pernah jumpa jeruk belimbing nih. Selalu jeruk asam kelubi sajew,

  9. Anonymous // March 28, 2011 at 1:50 PM  

    tk. saya akan cuba buat jeruk belimbing yang diajar oleh puan. tk sekali lagi.

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight