Page ini telah dilawat sebanyak:



TERBONGKAR sudah rahsia yang dulunya digenggam kemas. Segala-galanya yang selama ini menjadi teka-teki dan tanda tanya terlerai satu demi satu. Kelmarin, di atas pentas Theatrette, Palace Of The Golden Horses, pasangan kekasih Mawi dan Ekin membawa perkhabaran indah yang mungkin dinanti-nantikan peminat mereka.

Mengulangi kembali sejarah dua tahun dulu yang pernah dilakukan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Mawi mengikuti jejak pasangan itu dengan mengadakan sebuah sidang media khas untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.

Ibarat pepatah lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji, Mawi nyata menunaikan janjinya sebelum ini yang mahukan semua media berkumpul bersama-sama dan mendengar sendiri tarikh perkahwinan mereka yang sahih menerusi mulutnya sendiri.

Hasil perbincangan dengan keluarga kedua-dua belah pihak, Mawi dan Ekin sepakat memilih tarikh 20 Disember sebagai hari pernikahan.

“Tarikh 20 Disember itu sebenarnya tidak membawa sebarang makna apa-apa cuma kebetulan tarikh itu jatuh pada cuti sekolah. Senang saudara mara nak datang. Selepas majlis akad nikah, sebelah malamnya pula iaitu di Stadium Tertutup JB akan berlangsung majlis kenduri sebelah pihak perempuan. Baca lagi

Sumber: Bharian

0 comments

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight