Banjir di dua negeri semakin buruk

Posted by GameMaster | 11/30/2008 | 4 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk apabila jumlah yang terpaksa dipindahkan meningkat manakala di Pahang tidak banyak berubah.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat mendadak kepada 1,743 orang petang semalam berbanding 295 orang pada tengah harinya, manakala di Kelantan 794 orang, meningkat daripada 109 orang pada sebelah pagi dan di Pahang hanya 25 orang.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Terengganu memberitahu, daripada jumlah itu, 954 mangsa di Besut, Hulu Terengganu (376), Setiu (325) dan Marang (88).

“Sebanyak 10 pusat pemindahan telah dibuka di Besut sehingga pukul 5 petang semalam manakala empat di Hulu Terengganu, lima di Setiu dan dua di Marang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jalan yang ditutup setakat ini ialah Jalan Kuala Ping ke Kuala Berang di Kilometer 28, Jalan Kuala Berang-Sungai Tong, Jalan Kuala Berang-Kampung Kepah, yang semuanya ditenggelami air antara 0.5 dan 2 meter.

Di Kelantan pula, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir malam tadi memberitahu, seramai 2,397 orang dari tiga jajahan iaitu Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli dipindahkan

“Jeli paling serius dengan 2,048 mangsa dipindahkan,” katanya sambil menambah antara jalan yang ditutup ialah laluan utama Kota Bharu-Kuala Krai dan Jeli-Dabong.

Dua laluan utama menuju ke jajahan Jeli dan Kuala Krai juga ditutup berikutan air mula naik setinggi satu meter.

Sumber: Kosmo

Jom Join Komuniti

4 comments

  1. Demo jerr // December 1, 2008 at 5:22 PM  

    kesian tengok mangsa banjir ni. mesti banyak kerugian dorang. sampai bila masalah ni akan berlarutan?

  2. Anonymous // December 1, 2008 at 6:34 PM  

    Perkara ni kejadian tuhan.. Memang setiap tahun mesti berlaku punya.. Tak lama lagi ok la tu.. :D

  3. tsaicoutic tranmorphersys // December 4, 2008 at 11:43 PM  

    tmpat waa pling top lau bab bnjir ...siap msuk list lam tv3 ...lau tnye area are_jail..trengganu(bkn ejaan nme tmpat yg sbnar..hehe)...kg pling top bnjir katne??.....sume orng kat ctu leh jwab...

  4. en_me // December 16, 2008 at 2:31 PM  

    siannyerrr kanns..

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight