Hero Iraq patah tangan

Posted by GameMaster | 12/17/2008 | 2 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:

BAGHDAD - Seorang wartawan televisyen Iraq, Muantadar al- Zaidi yang melemparkan kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, mengalami patah tangan dan tulang rusuk selepas dipukul oleh sekumpulan ejen keselamatan Iraq.

Abang kepada wartawan itu, Durgham Zaidi berkata, dia tidak pasti sama ada adiknya, mengalami kecederaan tersebut ketika dikerumuni sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan atau ketika berada dalam tahanan.

Muntadar, 29, ditahan selepas dia melempar dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Bagaimanapun, Bush yang mengadakan lawatan mengejut di Iraq sempat menundukkan kepala dan menyebabkan kasut itu mengenai dinding di belakangnya.

Durgham memberitahu bahawa Muntadar kini ditahan oleh tentera Iraq di Zon Hijau, Baghdad di mana kedutaan AS dan beberapa pejabat kerajaan ditempatkan.

"Muntadar mengalami patah tangan dan beberapa tulang rusuk. Mata dan tangan adik saya juga luka," katanya.

"Adik saya kini ditahan oleh askar Iraq di bawah arahan penasihat keselamatan Iraq, Muaffaq al-Rubaie," ujarnya.

Seorang peguam di Iraq berkata, Muntadar mungkin dihukum penjara minimum dua tahun sekiranya didapati bersalah menghina seorang ketua negara.

Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq. - AFP

Video Bush Kena baling kasut.. :D

2 comments

  1. PakMail // December 19, 2008 at 9:55 AM  

    Kalau dah tak tahu malu..tak tahu apa nak dikata...

  2. Anonymous // December 26, 2008 at 11:15 PM  

    pada aku ..wartawan tu seorang yg hebat..aku pun tak berani wat camtu..dengan kasut je namanya diangkat oleh org islam 1 dunia

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight