Minyak biodiesel jadi mandatori pada 2010

Posted by GameMaster | 12/11/2008 | 2 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



KUALA LUMPUR - Penggunaan biodiesel akan dijadikan mandatori bagi sektor pengangkutan dan perindustrian menjelang Januari 2010, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui semalam.

Katanya, mulai Februari tahun depan, kenderaan kerajaan akan mula menggunakan jenama Envo Diesel Esther (B5), yang merupakan satu adunan lima peratus minyak sawit dan 95 peratus diesel.

"Menjelang 2010, dianggarkan 500,000 metrik tan biodiesel dari minyak sawit akan diperlukan,'' katanya selepas melancarkan B5 bagi kenderaan yang menggunakan diesel di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semalam.

Katanya, harga B5 akan ditetapkan sebanyak RM1.95 seliter, dengan kerajaan memberikan subsidi lima sen seliter.

Sumber: Kosmo

2 comments

  1. kuIna // December 11, 2008 at 5:06 PM  

    2010.... lambatnya teknologi kita berkembang sdangkn setiap tahun jd pemenang anugerah sana sini.

  2. Anonymous // December 12, 2008 at 7:08 AM  

    tu la pasal.. Negara lain dah siap keta elektrik dah.. :D

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight