Manchester United jelajah Asia

Posted by GameMaster | 1/15/2009 | 1 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



MACAU - Kelab gergasi England, Manchester United akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 26 Julai depan untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Pilihan Malaysia sama ada di Stadium Nasional, Bukit Jalil atau di Stadium Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, David Gill semalam mengumumkan program Jelajah Asia Manchester United 2009 yang merupakan kunjungan kelima kelab berkenaan ke benua Asia sepanjang sedekad lalu.

"Jelajah kami ke Asia sentiasa istimewa. Suasana meriah peminat begitu menakjubkan. Ia akan memberi peluang kepada peminat untuk menyaksikan wira pujaan mereka beraksi di bumi sendiri.

"Jelajah kali ini juga melibatkan lokasi baru iaitu Indonesia," katanya.

Red Devils dijadualkan berlepas dari Manchester pada 16 Julai depan dan akan singgah di lokasi pertamanya di China yang tarikh perlawanannya akan ditetapkan dalam masa terdekat ini.

Dari China, pasukan tersebut akan bertandang ke Seoul, Korea Selatan dan beraksi di Stadium Piala Dunia pada 20 Julai.

Kemudian United akan singgah di Jakarta untuk menentang skuad pilihan Liga Super Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada 24 Julai.

United mengakhiri jelajah mereka di Kuala Lumpur untuk bertemu skuad Pilihan Malaysia sama ada di Stadium Nasional, Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam pada Ahad, 26 Julai. - Agensi

Sumber: Kosmo

1 comments

  1. Ir. hydir // January 16, 2009 at 12:24 PM  

    datanglah United dan aku akan gi tengok utk support Malaysia 100% ...

    kasi kalah sama itu United .. heheheheeh

    :P

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight