Gadis Malaysia cuba dilacur

Posted by GameMaster | 2/10/2009 | 3 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



KUALA LUMPUR - Seorang gadis Malaysia terpaksa meredah hutan, sawah dan kubur pada waktu malam semata-mata melarikan diri daripada dijadikan pelacur di Modung, Jawa Timur Indonesia baru-baru ini.

Itulah pengalaman yang ditempuh Iswatun Hasanah Musbahuddin, 17, dari Pantai Dalam di sini yang dilarikan selama 24 hari ke negara jiran itu sejak 12 Januari lalu.

Semasa berada dalam 'tahanan', gadis yang masih belajar di tingkatan lima itu dikurung di dalam dua buah rumah selama sembilan hari.

Gadis itu bagaimanapun tidak dapat mengingati lokasi dia dikurung kerana kedudukan rumah tersebut yang jauh terletak di dalam hutan selain dia dibawa ke situ pada waktu malam.

Sebaik dapat melarikan diri, dia terus ke Balai Polis Polsek Modung yang terletak kira-kira 20 kilometer iaitu mengambil masa selama tiga jam perjalanan untuk sampai dari lokasi dia dikurung.

Dia kini selamat dan berada di satu lokasi yang dirahsiakan di Indonesia sebelum dihantar pulang ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

Ketika dihubungi, Iswatun berkata, dia mulanya dibawa oleh seorang lelaki yang dikenalinya menaiki bas dari Puduraya pukul 10 malam pada 13 Januari lalu menuju ke Johor Bahru.

"Ketika itu, saya tidak tahu yang dia hendak bawa saya ke Indonesia kerana dia hanya memberitahu dia hendak membawa saya ke suatu tempat yang dirahsiakan kononnya untuk membuat kejutan,'' katanya.

3 comments

  1. Anonymous // February 12, 2009 at 8:55 AM  

    Sentiasa berhati-hati. Jangan terlalu percaya pada org yang baru kita kenal.

  2. Anonymous // February 12, 2009 at 3:48 PM  

    Tu yang masalahnya.. Budak2 zaman sekarang ni cepat sangat percaya..

  3. Anonymous // March 7, 2009 at 12:11 AM  

    bangang sangat 2 nape???percaya sgat kat orang yg bru knal...dah jdi cam2 bru la nak salahkan orang..buat keja x nak fikir dlu..

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight