96 maut kebakaran di Australia

Posted by GameMaster | 2/09/2009 | 0 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



KINGLAKE - Sekurang-kurangnya 96 orang maut manakala sejumlah bandar hangus dijilat api dalam kebakaran hutan terburuk di Australia yang disifatkan oleh Perdana Menteri Kevin Rudd semalam bagaikan api dari neraka.

Sejumlah mangsa meninggal dunia di dalam kereta ketika mereka cuba melarikan diri dari api yang menggunung itu manakala sesetengahnya rentung dijilat api.

Setakat semalam terdapat 26 kebakaran hutan masih berlaku di sekitar bandar Victoria, dalam negeri Melbourne manakala 53 kebakaran lagi berlaku di negeri jirannya, New South Wales.

Beberapa kebakaran itu yang bermula di sini, kira-kira 15 kilometer dari Victoria, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Lebih 700 buah rumah hangus dalam kebakaran hutan itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Victoria, Kieren Walshe, sebahagian kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat.

Beliau memberi amaran pencetus kebakaran hutan itu akan didakwa kerana melakukan pembunuhan jika ditangkap.

Kebakaran hutan di tenggara Australia itu telah memusnahkan kawasan sekitar 3,000 kilometer persegi atau lebih tiga kali ganda saiz pulau Hong Kong.

Beribu-ribu anggota bomba bertungkus lumus cuba mengawal api daripada terus merebak dalam kebakaran yang masih belum dapat dikawal itu.

Beribu-ribu mangsa bersesak-sesak mencari perlindungan di dewan orang ramai, sekolah dan tempat-tempat lain ketika askar dan anggota bomba bergelut cuba memadamkan kebakaran.

"Keadaan di sini seperti di Hiroshima atau selepas letupan bom nuklear," kata seorang penduduk Kinglake, Chris Harvey.

Ketika kebakaran hutan melanda tenggara negara itu, utara Australia pula menghadapi banjir akibat hujan lebat dengan seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika membawa anjingnya bersiar-siar. - Agensi

0 comments

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight