Bill Gates kembali orang terkaya

Posted by GameMaster | 3/13/2009 | 4 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



NEW YORK 12 Mac - Pengasas Microsoft Corp., Bill Gates kini kembali menduduki takhta teratas senarai individu terkaya di dunia pada tahun lalu, apabila mengatasi pelabur terkenal, Warren Buffett.

Senarai itu dikeluarkan oleh majalah Forbes ketika kemelesetan kewangan global menyebabkan jutawan dunia mengalami kerugian sebanyak tinggi AS$2 trilion (RM7.35 trilion).

Bilangan jutawan dunia berkurang sebanyak hampir satu pertiga kepada 793 orang pada tahun lalu, kebanyakannya di Rusia, India dan Turki.

Gates sekali lagi menjadi lelaki terkaya di dunia dengan aset berjumlah AS$40 bilion (RM147.4 bilion) selepas jatuh ke tangga ketiga pada 2007 semasa mempunyai aset AS$58 bilion (RM213.6 bilion).

Buffett yang menduduki tangga pertama sebelum ini dengan kekayaan bernilai AS$62 bilion (RM228.3 bilion), kini jatuh di tempat kedua dengan aset berjumlah AS$37 bilion (RM136.6 bilion).

Tempat ketiga dimiliki oleh taikun telekomunikasi dari Mexico, Carlos Slim dengan aset berjumlah AS$35 bilion (RM129.2 bilion) berbanding AS$60 bilion (RM221.5 bilion) tahun lalu.

Secara keseluruhannya, tiga jutawan teratas dalam senarai Forbes ini kehilangan sebanyak AS$68 bilion (RM250.6 bilion) semasa Forbes menyiapkan senarai jutawan dunia sehingga 13 Februari lalu.

Ketua Eksekutif Majalah Forbes, Steve Forbes berkata, tidak ramai yang bersedih dengan apa yang dihadapi para jutawan, namun ekonomi terjejas apabila ahli perniagaan berdepan dengan masalah.

Editor kanan Forbes, Luisa Kroll berkata, ini adalah kali pertama kekurangan jutawan berlaku sejak tahun 2003.

Beliau juga berkata, ahli perniagaan India, Anil Ambani yang menonjol pada tahun lalu, jatuh teruk kali ini dengan kehilangan aset berjumlah AS$32 bilion (RM118.2 bilion). Dari tempat keenam, Anil jatuh ke tangga ke-34 dengan aset berjumlah AS$10.1 bilion (RM37.3 bilion).

Kroll berkata, sebelum ini empat rakyat India tersenarai dalam 10 individu terkaya, namun kini hanya tinggal dua orang.

Bandar New York juga telah menggantikan Moscow sebagai bandar jutawan setelah ibu negara Rusia itu mengalami kejutan dengan bilangan jutawan jatuh kepada 32 daripada 87 orang. - Reuters

4 comments

  1. zino // March 14, 2009 at 11:45 PM  

    bila lah nak jadi yg terkaya macam billgate tu kan hehe

  2. Anonymous // March 15, 2009 at 12:44 AM  

    Senang je.. Buat benda yang baru dan fresh kat Market.. Macam mesin buah kelapa ke.. Masuk buah kelapa terus keluar santan ke.. :D

    Confirm jutawan

  3. Anonymous // March 15, 2009 at 11:49 PM  

    pakcik kayo.eh ape diorang buat dengan duit banyak tu.buat kebajikan ke.

  4. Anonymous // March 16, 2009 at 1:34 AM  

    Kebajikan pun ada diorang buat jugak.. :D

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight