Harga ayam naik

Posted by GameMaster | 4/08/2009 | 2 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:

KUALA LUMPUR 7 April - Harga ayam hidup naik daripada RM3.30 sekilogram kepada RM3.70 sekilogram, harga borong ayam hidup naik daripada RM4 sekilogram kepada RM4.40 sekilogram.

Harga runcit ayam hidup naik daripada RM4.70 sekilogram kepada RM5.10 sekilogram.

Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata harga borong ayam bersih naik kepada RM5.20 daripada RM4.70 sekilogram. Harga runcit ayam bersih (standard) dengan kaki, kepala, hati dan hempedal naik kepada RM6 sekilogram daripada RM5.55 sekilogram.

Harga runcit ayam bersih (super) tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM6.70 sekilogram.

Menurut kenyataan itu harga runcit ayam bersih dengan sijil Tanda Kesihatan Veterinar (VHM) Super tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal berharga RM7.40 sekilogram.

Harga terbaru ayam ini berasaskan pada faktor permintaan dan bekalan semasa. - BERNAMA

2 comments

  1. Mak Su // April 8, 2009 at 6:26 PM  

    sedih bebeno, asik naik jer.

  2. GM // April 8, 2009 at 8:41 PM  

    Sabor je la mak su.. Kita ganti makan ikan bilis ke, makan sayur plak ke

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight