Page ini telah dilawat sebanyak:

Bukit Gantang

Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang di situ.

Batang Air


LUBOK ANTU: Calon Barisan Nasional (BN), Malcolm Mussen Lamoh menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan memperoleh majoriti 1,854 undi mengalahkan pencabarnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang.

Malcolm Mussen memperoleh 3,907 undi, manakala calon PKR, Jawah Gerang hanya mendapat 2,053 undi.

Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nelson Mujah Girie tepat jam 7.45 malam di Pusat penjumlahan undi Kompleks Sukan Lubok Antu, di sini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada BN pada 24 Februari lalu, selepas sembilan bulan koma akibat serangan angin ahmar.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Datuk Dublin Unting Ingkot menang dengan majoriti 3,295 undi mengalahkan Nicholas Bawin Anggat daripada SNAP dengan 2,489 undi.

0 comments

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight