Mas Selamat ditahan di Skudai

Posted by GameMaster | 5/09/2009 | 0 comments »
Page ini telah dilawat sebanyak:



PUTRAJAYA - Pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI), Mas Selamat Kastari yang diburu selepas meloloskan diri daripada kawalan polis di sebuah pusat tahanan Singapura tahun lepas, akhirnya berjaya ditangkap berhampiran Skudai dekat Johor Bahru.

Kejayaan itu hasil intipan pasukan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 April lalu.

Penangkapan itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang akhbar semalam.

"Ya, saya mengesahkan dia (Mas Selamat) di bawah tahanan kita dan sedang disiasat sekarang tetapi saya tidak boleh menghuraikan lebih lanjut kerana ia isu sensitif kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia.

"Ia juga membabitkan agensi perisikan di bawah tiga kerajaan dan ia merupakan sesuatu yang saya tidak mahu ia menjadi ancaman dan ia juga membabitkan pihak lain,'' katanya.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan memastikan Mas Selamat tidak akan melarikan diri untuk kali kedua dan akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Singapura.

Bernama pula yang memetik satu sumber berkata, operasi pemantauan dan penangkapan Mas Selamat itu dilakukan sepenuhnya oleh polis Malaysia.

"Kita mengetahui dia (Mas Selamat) mempunyai saudara-mara yang tinggal di sekitar kawasan Skudai itu,'' kata sumber yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang operasi penangkapan ketua JI itu.

Difahamkan bahawa Mas Selamat telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa negara ini tetapi ketua pengganas itu belum dihantar ke Pusat Tahanan di Kamunting, Taiping yang khusus untuk tahanan ISA.

0 comments

Post a Comment

1. Sila komen secara berhemah.
2. Sila tinggalkan nama berserta alamat url anda.
3. Komen yang mempunyai unsur-unsur spam akan dipadam.
4. Digalakkan anda meninggalkan url dan nama berbanding login blogger.

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Flights to Colombo Cologne Flights
Cheap Flights to Frankfurt Cheap Flight